Friday, February 27, 2009

YOU are around the corner???


YOU=Profesional Exam







....itu permulaan topik kali ini.....


Dengan izinNya insyaAllah saya akan sekali lagi bertemu dengan peperiksaan (dunia) yang digeruni oleh sebilangan besar pelajar batch 1 fakulti pergigian Uni.Sains Islam Malaysia...bermula 2/3-28/3 ini insyaAllah...


hurm..mungkin ini pertama kali saya menyebutkan berkenaan kehidupan saya sebagai peljara fakulti pergigian.....agaknya mengapa ya?


x mengapalah,simpankan sahaja persoalan itu.......... cuma harapan saya agar para pengunjung dan sahabat2 yang menyayangi diri ini mendoakan kejayaan saya dalam menempuh Ujian yang telah diketahui tarikhnya,masanya,jadualnya, dn subjek-subjek yang berkaitan dengannya... dan doakan juga agar saya berjaya dalam peperiksaan akhirat yang entah bila akan datang.tulat? lusa? esok? hari ini? kejap lagi?...........semestinya ia lebih susah untuk LULUS dari peperiksaan profesional yang mendatang ini.........


allahu ta'ala a'lam........ Allahummaghfirlana ya ALLAH

Thursday, February 26, 2009

Salahkah Untuk BeRgErAk???





Kata-kata ntah sape ntah:




"eleh, ko x payahlah berlagak baik, bukan aku x tau kau tu dulu macam mane. Sudah-sudahlah berlagak baik tu..koya la ko"

(kata AnOnyMus kepada profhusaini)




Jawapan yang fitrah:


"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."(3:110)




salahkah melaksanakan tanggungjawab sebagi individu muslim? Salahkah melaksanakan tanggungjawab yang sudah ditaklifi atas setiap mereka yang bergelar MUSLIM? salahkah melaksanakan tanggungjawab yang diyakini ia pasti ditanya di hadapan tuhanNya di akhirat kelak? salahkah melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba abdi di sisiNya? salahkah?salahkah?salahkah?......


umm...pening-pening...terbalik-terbalik.... sungguh pandai 'pemutar-alam' ni memutar belit keadaan...


mengulas posting seorang musafir yang sudah melangkah jauh di medan dakwah, dalam tulisannya "Tidak bergerak itu satu kesalahan", jelas pada hakikatnya bahawa, sebagai penggerak agama menjadi kesalahan jika anda tidak bergerak, maka itulah kesalahan paling besar. Perlu diperingat bahawa bukan bergerak dengan cara yang salah itu yang terbesar kesalahannya. Inilah masalah kita..... sentiasa melihat kesalahan orang lain......... besar sangat ke debu di seberang laut sehinggakan gajah di depan mata x nampak?...hurrrm....kenapa yaaa?


KERANA kita sering akan melihat salahnya orang yang bergerak dan bukan salahnya orang yang tidak bergerak.


mungkin ini sunnatullah pada manusia. kita lebih suka mencari dan melihat kesalahan orang yang menegur@berdakwah@buat kerja, tetapi tidak melihat salahnya orang yang tidak menegur@berdakwah@buat kerja ! sedangkan tidak menegur@berdakwah@buat kerja itulah kesalahan yang telah pasti !


salah dan tidaknya si penegur belum tentu. kerana kita kena faham konsep ijtihadi dan qat’i. ijtihadi tidak salah sepenuhnya. ia masih mendapat satu pahala jika benar-benar salah. tetapi orang yang tidak bergerak untuk dakwah itulah yang for sure,free of charge dapat salahnya. kerana ia membiarkan jahiliyyah bergerak tanpa dia berusaha apa-apa untuk menahannya.


hurm...still xnak bergerak? yang paling penting, umum mesti memahami:


Peringatan ini bukan mengajak untuk kita mengurangkan ‘Izzah‘ dengan apa yang kita fahami dan yakini… tapi hanya untuk menjadi peringatan supaya kita berimbang dan adil ketika melihat orang lain.....


ok,xpe, I accept ur apologize.....pasni x nak dengar dah:


"eleh, ko x payahlah berlagak baik, bukan aku x tau kau tu dulu macam mane. Sudah-sudahlah berlagak baik tu..koya la ko"


Enaff iz enaff


Wednesday, February 18, 2009

CoPy n PasTe





(hasil fikrah seoramg sahabat......moga menjadi Tazkirah)


Assalamualaikum wbt,
semoga semua alumni SMIH yg hebat2 di bidang masing2 semua berada dalam keadaan yg terbaik, sihat walafiat utk terus beramal mengumpul bekalan menuju Allah swt.sebenarnya kadang2 ana rasa sangat bimbang untuk suarakan perkara ni, takut2 di akhirat nanti dibangkitkan dgn perut terburai dan tali perut (usus) terkeluar, kemudian mengelilingi perut itu seperti keldai yg mengelilingi pengisar gandum, azab kerana suruh org buat tp diri sendiri tak buat. (wal 'iyazu billah..)
tp atas dasar amanah kepada kefahaman ini, ana perlu lontarkn sesuatu, moga2 menjadi motivasi dan pendorong utk terus tetap pendirian, dan menjadi hujjah untuk sesiapa yg dgr menegur ana dgn sekeras yg mungkin kalau2 ana dah jauh terpesong, supaya ana dapat kembali ke pangkuan ini sblm nafas terhenti.. (na'uzubillah..)
--------------
1. kita xperlu fahami dakwah dgn takrifan dan definisi yg berat2.. dakwah adalah mengambil berat hal ehwal muslimin secara keseluruhan. gambaran keadaan umum umat Islam di dunia, dan dgn detail/teliti loacally di sekitar kita.


2. tarbiyah (pendidikan diri) adalah dakwah, kerana menyediakan diri sendiri adalah supaya dapat memandu org lain menuju Allah.spt belajar medik adalah sebahagian drpd kehidupan seorang doktor. mendalami islam supaya dapat memahami dakwah bahawa ia adalah bahagian penting dalam islam.ulama' tafsir sebut ttg ayat2 qur'an berkaitan hal ini, org2 yg jahat dan mengajak kepada kejahatan tempatnya pasti di neraka. org2 soleh yg mengajak kepada makruf cegah mungkar tempatnya di syurga. tp tiada lgsg ayat Quran yg sebut ttg apakah nasib org2 soleh yg diam dari mengajak kepada makruf/mencegah mungkat (berdakwah). pendapat plg kuat mengatakan tmptnya sama di neraka, kerana diam terhadap maksiat adalah redha dgn maksiat. redha terhadap maksiat yg berlaku adalah maksiat juga.

3. Al-Quran adalah farmasi hidup semua manusia terutamanya mukmin. semua penyakit2 manusia di atas muka bumi ini kita akan dapatinya dalam Al-Quran.Sunnah adalah praktik rawatan. sesiapa yg menguasai sunnah rasulullah (seluruh kehidupan baginda > didapati dari seerah yg suci), dia akan memahami cara merawat penyakit2 manusia dgn cara yg terbaik.saya tak berani mengatakan bahawa diri saya cukup untuk beramal tanpa mengambil sunnah2 itu secara lengkap.

4. tarbiyah itu cukup luas, seluas kehidupan selautan manusia.sesiapa yg mengatakan bahawa hidupnya semata-mata adalah tarbiyah, maka dia ditarbiyah hanya untuk hidup.jika kita mengambil dakwah secara lengkap adalah tarbiyah, maka kita sebenarnya ditarbiyah untuk tujuan dakwah dgn lengkap.perjumpaan2 di antara org2 yg saling mendidik/mentarbiyah diri merupakan salah satu cara terbaik untuk mencapai tujuan tarbiyah, ia adalah sunnah alam yg tak dpt kita lari daripadanya.

5. al-manhaj al-mursyidah (methodologi terpandu) merupakan himpunan kaedah2 dan semua falsafah2 yg berkaitan dgn tarbiyah, diambil dr kefahaman yg mendalam ttg al-Quran dan Sunnah secara keseluruhan, tanpa mengurangi atau menambah2 mana2 bahagian.beramal dgn manhaj ini adalah perkara asas (usul) dalam kehidupan seorang mukmin, dan mengambil selainnya selepas itu adalah perkara sampingan, mengambilnya suku2 adalah kecuaian sengaja atau tidak sengaja.kelemahan saya untuk mencapai tahap mampu melihat perkara2 usul ini dari kedua2 sumber dan mengamalkannya dgn baik menjadikan saya perlu sandarkan pada ulama'2 di bidang ini yg faqih dan diiktiraf ummah.

6. qaedah fiqh : "maslahah 'ammah awla min maslahah khassah."apa yg ana nampak, qaedah ini sbnrnya sgt praktikal dan langsung tak bertentangan dgn dakwah/tarbiyah. jika kita kaitkan dgn tarbiyah, menyiapkan diri/mana2 peribadi adalah utk maslahah ummah secara menyeluruh. menyertai dakwah/tarbiyah bermakna kita mengorbankan kepentingan diri (maslahah khassah) spt byk rehat, tgglam dlm perkara2 harus, semata2 untuk maslahah ummah (maslahah 'ammah).

7. kata2 seorang syeikh tarbiyah yg x penting sgt namanya disebut berkenaan kepentingan trbyh sebelum terjun ke medan : menyiapkan seorang muslim sehingga ia benar2 memiliki sifat2 seorang muslim adalah keutamaan sebelum meletakkannya di dalam barisan dan medan. kerana jika kita tergesa2 dan meletakkan seseorang yg belum bersedia, ia adalah satu kezaliman ke atas dirinya sendiri, kezaliman kepada Allah dan RasulNya, kerana kita hanya mengumpulkan org2 yg hanya mampu mencela org lain dan kurang beramal. dan pasti kezaliman itu akan disoal apabila kita berhadapan dgn Allah swt nnt.

8. seluruh aspek kehidupan manusia masing2 adalah seni yg tersendiri. manusia tak diprogram utk buat perkara yg sama. bahkan ia bebas melakukan apa sahaja yg ia mahu atau tak mahu, yg baik atau yg x baik.kerana itulah turunnya manhaj al-quran yg dijelmakan dalam sunnah utk dicontohi manusia. mengajar kita bahawa hidup ini adalah untuk tunduk pada aturan Allah secara total.bagaimana menjelmakan seluruh manhaj ini dalam semua cabang hidup. kalau mencipta lirik dan lagu pasti ada akhlaqnya, melukis komik, melaksanakan pemerintahan ke atas manusia lain, jual beli, nikah kahwin, hubungan dalam keluarga, buat animasi, buat filem, etc etc..jauhnya kita dalam mana2 aspek kehidupan kita dari manhaj inilah yg akan menjauhkan kita dari Pencipta manhaj ini.sori terpaksa sentuh sikit, contohnya dlm perang, manhaj bukannya menunjukkan kepada kita cara2 bunuh musuh, tp manhaj menunjukkan kepada kita tatacara, akhlaq dan sikap sepatutnya bg seorang mukmin dalam bertindak, walaupun terhadap musuh.

9. ana nak tegaskan semula kata2 al-Banna, bahawa jalan ini adalah jalan yg dah terlukis/dah ada manual. kita tinggal nk faham dan laksanakan. bukannya buat baru.

10. sedikit ttg situasi politik tanah air, mgkn sesekali kita perlu mengambil lahzah wal waqfah (sedetik utk berhenti melangkah) melihat kembali dgn serius perkara ni. apa sbnrnya yg akan menyelamatkan umat Islam di Malaysia? mizannya apa yg rasulullah kata 2 benda yg kalau kita pegang dgn kuat kita takkan tersesat sampai bila2.dlm quran ttg isu umat islam secara umum, bukannya kepentingan mana2 kumpulan.. lebih2 lagi bagaimana sebenarnya kita dlm menggunakan khidmat/mendapatkan sokongan org2 kafir yg tak sukakan Islam dan menyatakan kebenciannya secara jelas atau kias2..... liyaThmainna qalbi...

11. minta maaf byk2 kalau ada mana2 pihak yg terasa. lontaran ini bukan nak melarikan diri dari beban atau nak mengatakan ana/sesiapa tak ada kesalahan. tp agar kita mampu meringankan beban kita semua umat Islam, lebih2 lagi pendokong dakwah. semoga dipermudahkan Allah sehingga bertemu kemenangan.
mari belajar rahsia kemenangan rasulullah dan para sahabat, salahuddin al-ayyubi dan muhammad al-fateh, HAMAS dan mereka2 yg seumpama mereka : tasfiyah saff wa tahqiq asbab an-nusrah.(sesungguhnya Allah itu baik, tak terima melainkan dari yg baik.. mafhum dari salah satu hadith 40)


------------------------------------------------------------------------------------------------

sori kalau terluah direct je. ni intipati prinsip2 seorang yg ingin melalui jalan yg penuh barakah ini. kalau ada yg x kena blh la tegur direct.. huhu.sesiapa yg faham mmg sbg peringatan utk ana dan antum. yg tak faham boleh cuba faham2kan sikit2 berperingkat2.

Allahumma isyfi qulubana.. Allahumma isfi sufufana.. Allahumma thabbitna jami'an..Allahumma ballaghtu ma 'alimtu min 'ilmak.. Fasyhadhu wa huwa ma'ziratan li..
Allahu a'lam.Wslm.

-- -salman abdul rahman-
"Berimanlah kerana Iman itu penghapus duka, penyejuk mata ahli tawhid dan penghibur ahli 'abid."
Dr 'Aidh Abdullah alQarni, [La Tahdzan], Dar Ibn Hazm, Beirut

Monday, February 16, 2009

Kereta api dah nak gi JAUUUUUUH niiiiii





"time n tides wait for no man"
"al-waqtu kas soiif"(apela laptop ana nih...xd format arab..sape la tuan die..uhuhu)
"al-waajibaat aksar min awqaat"

........sahabat sekalian..............
sudah cukup masa berlenggang, bermain, berfoya, ber'gitu-gitu' dan sewaktu dengannya..........

kini masanya untuk serius(lambatnye aku sedaaar!!).............

sahabat...fahamilah makna ranjau hidup yang sebenar.......... kelak kau kan sedar..........
perjalanan ini tidak semudah yang disangka.............

logik ke boleh masuk syurga dengan ape yang kita buat hari ni(semata??)...
sedangkan para rasul dan sahabat kerja 'gila-gila'?................
how bout US?????

.........saya serahkan pada pembaca untuk menilai............... tapi ingat............ 'kereta api ni tidak menunggu orang.........sampai masanya dia akan berangkat.........yang tertinggal?? naudzubillahi min zalik............



*tut tut tut..next stesyen..jannah....
(ding-ding: ahhamiyatuss syahadatain @ syahadatul haq by Abul a'la al-maududi)