Thursday, April 16, 2009

WaNatubuu ILaiKa Ya Rabbana...






Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu....


Bilakah diri ini kan kembali kepada fitrah sebenar
Pagiku ingat petangku alpa begitulah silih berganti....

Oh Tuhanku,
Kau bimbinglah,
Diri ini,
Yang mendamba cintaMu

Aku lemah,
Aku jahil,
Tanpa bimbingan dariMU,
Kau pengasih,
Kau penyayang
Kau pengampun,
Kepada hamba-hambaMu
Selangkahku,
kepadaMu,
1000 langkah Kau padaku........



Tuhan diri ini tidak layak ke syurgaMU,
Tapi…..tidak pula Aku sanggup ke nerakaMu



Tuhanku ampunkanlah segala dosaku,

Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu......


*(mencedok dari sebuah album nasyid)

Saturday, April 11, 2009

KiTakah ini?? setIap Kali???


“Entahlah…”, ujarnya dengan nada yang hampa, “Ini bukanlah usrah yang pertama aku hadiri, tapi sama sahaja rasanya, hanya sekadar memberi tahu, tidak pula menimbulkan mahu.”

Itu mungkin salah satu skrip dalam drama bersiri “Inilah Usrahku”, hampir setiap minggu ditayangkan…skrip mungkin sahaja tidak berubah…serupa saja…

Pasti sahaja watak-watak dalam drama ini berasa hampa…mungkin juga kecewa…apabila setiap kali “Inilah Usrahku” habis ditayangkan…keluhan itu pasti sahaja kedengaran, “Entahlah….”

Pasti sahaja hampa dan kecewa…watak naqib lakonannya hambar…kostumnya tidak kemas…apatah lagi selalu sahaja lupa skrip…penampilannya nampak kekok sekali…
Mad’u-mad’u pulang dari menonton “Inilah Usrahku”…mengeluh lagi,


“Ana bukan apa akhi…naqib ana ni tak basah lah, kering…orang kata, menyuap maklumat bukan memahamkan…”, …balas rakan si ana, “ana ingatkan ana sorang saja yang rasa macam tu, rasa macam usrah ni tak mengubah apapun…tapi entahlah akhi…”

Pulanglah mereka…hampa dan kecewa…kerana si naqib tidak mampu membasahkan…tiada kata-kata yang keramat dari lidah si naqib…menanti kata-kata keramat yang akan mengubah mereka…


Lafaz-lafaz Mentera

Begitulah penantian mereka…menanti kata-kata keramat dari lidah si naqib…kata-kata yang dapat menggegarkan hati…mencairkan keras jiwa…umpama lafaz-lafaz mentera penuh keajaiban…yang dapat mengubah 1001 perkara…yang jelek diperindah…yang derita digembirakan…

Setiapkali usrah, datanglah ia bersama harapan dan tanggapan ini…moga-moga diberikan petunjuk, timbullah rasa keinsafan dan kesedaran…si naqib nanti akan mengetuk hatinya dengan peringatan dan amaran Tuhan…kerana ia ingin berubah…kerana ia inginkan keajaiban kata-kata…

Pasti juga, setiapkali usrah, ia pulang hampa tidak beroleh apa yang dicita…apabila keajaiban tidak terjelma dengan kata-kata…si naqib sekali lagi penat melafazkan kalimah keramat, mentera-mentera ajaib…tetapi nampaknya tidak berkesan lagi…
Pulanglah mereka…hampa dan kecewa…kerana si naqib tidak mampu membasahkan…tiada kata-kata yang keramat dari lidah si naqib…menanti kata-kata keramat yang akan mengubah mereka…


Kembalilah mereka kepada kehidupan asal…kerana kata mereka, “usrah ni tak mengubah apa pun…”… Kembalilah mereka kepada rutin kebiasaan mereka di hadapan kaca TV atau di hadapan skrin computer…hampa dan kecewa…mungkin sahaja satu hari nanti, mereka sudah bosan dengan drama bersiri “Inilah Usrahku”…putus asa dan hilang percaya kepada si naqib kerana tidak mampu melafazkan mentera keramat yang mujarab kepada segala permasalahan…

Begitulah episod “Inilah Usrahku” kali ini…pasti sahaja skripnya berulang…kerana ini adalah drama bersiri…


Keajaiban yang akan Mengubah Kebiasaan

Penganut teori “Perubahan Ajaib” atau “Reformasi Mentera Keramat” pasti menanti sesuatu yang luar biasa untuk mengubah kebiasaan mereka…

Umpama keajaiban kalimah Tuhan dari langit yang diturunkan dengan penuh keajaiban kepada manusia biasa…lantas membawa arus perubahan kepada seluruh manusia…itulah keajaiban sangkaan mereka…

Kita telah mengimani kehebatan Al-Quran semenjak kita melafazkan ikrar kita kepada Tuhan…Dia lah selayaknya disembah…Dia lah sebaik-baik sembahan…
Kita juga telah mengimani kebenaran Rasulullah semenjak kita mengikat janji setia kepada kepimpinannya…


Setinggi-tinggi keimanan kita kepada kehebatan Al-Quran dan Rasulullah membuatkan kita kadangkala bertanya…Kenapa kitab sehebat ini tidak pula dapat mengubah manusia?…Adakah kata-kata rabbani tidak cukup ajaib?
Tengok sahaja di kalangan para sahabat…hanya segelintir sahaja yang benar-benar berubah kerana terpesona dengan keindahan dan kehebatan Al-Quran sepertimana yang berlaku kepada Saidina Umar…selebihnya, majoriti memeluk Islam banyak dipengaruhi faktor keperibadian Rasulullah atau juga kehebatan kuasa Islam apabila mula memenangi peperangan demi peperangan…



Adakah kita masih menanti keajaiban kata-kata???