Tuesday, September 29, 2009

selamat tinggal...moga kita bersua kembali....


salam sejahtera buat pengunjung blog yang serba kekurangan ini.....

sedar x sedar berlalu sudah bulan yang menggamit pelbagai memori...ntah ye ntah tidak samaada ia bermanfaat? maksud saya kepada diri setiap individu... jika sekiranya keluarnya kita dari bulan ini terhapusnya dosa-dosa dan mendapat redhaNya, maka berbahagialah hendaknya bagi orang tersebut.... tapi sekiranya keluarnya kita tanpa mengambil manfaat sekalipun, maka celakalah selayaknya bagi kita........
-------------------------------------------------------------------------------------------------

di kesempatan ini, saya memohon ribuan kemaafan kepada semua sahabat,rakan-taulan, saudara mara, ahli keluarga dan semua yang mengenali diri ini atas segala keterlanjuran samaada yang disengajakan @ tidak... maafkan diri ini yang serba kekhilafan......




-p/s: Ibu akhi hussaini sedang tenat...doakan agar dipermudahkan segala urusan

Friday, August 28, 2009

ReAliTi...ReAliTi????


Zaman dulu ber 'ana-enti',
Sekarang hilang diterbangkan angin;
'Aku-engkau' jadi pengganti,
"Ana rindulah sama ............ "

Bertudung labuh ayu sentiasa, (yeke???)
Ikhlas atau peraturan semata;
Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka,
Entah bila nak 'ayu' semula...

Tahun pertama sangat2 dijaga,
Tahun kedua dah berani mencuba,
Tahun ketiga dah xnak dgr kata,
habis keluar apa nak jadi agaknya.....

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar...(aku
igt lg seyh)

Dulu cakap ngan laki jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar ngan buah hati,
(Friendster.FB.hanfon)
"rasa malu tu campak pi Thailand
ka?"

Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema"

Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila;
Sekarang Quran kumpul habuk jer,
"Alah, aku banyak kerja lain laa..."

Ustaz selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila dunia diletakkan di hati

Orang cakap budak ......... berkualiti,
Baik, berakhlak lengkap semuanya;
Sayangnya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada fi'il anak didiknya.

Bila ditegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tahu kenapa teruskan,
Seronok sangat ke kumpul dosa?

Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah agama;
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu baik sangat ke?"

Itulah realiti budak skolah agama,
Majoriti terkejut dek dunia luar;
Akhlak dan ilmu dalam pagar skolah
saja,
"Tak sesuai laa semua-semua ni kat
luar!"

Kesian ustaz mengajar kita,
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.

Memang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.

Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa.

Saturday, August 22, 2009

Remembrance of al-Quds (21/8/1969)


Hari al-Aqsa 21 Ogos 1969
(Remembrance of al-Quds)

Hari al-Aqsa disambut secara rasmi oleh kerajaan Malaysia pada 21 Ogos setiap tahun. Apakah latarbelakang atau peristiwa yang melatari 21 Ogos sehingga tarikh itu dipilih sebagai hari al-Aqsa? Rencana ini akan melihat secara retrospek apakah signifikannya 21 Ogos yang pernah diraikan secara rasmi oleh kerajaan dan rakyat Malaysia terutama pada tahun-tahun 70’an dan awal 80’an.

Sebagaimana yang kita sedia maklum Malaysia adalah antara negara yang sangat vokal di dalam menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin semenjak berlakunya pengusiran penduduk Palestin dari tanah air mereka pada tahun 1948 dengan berdirinya negara haram Israel dan pencerobohan ke atas Masjid al-Aqsa serta penaklukan Baitul-Maqdis dan Tebing Barat pada tahun 1967 oleh regim Zionis Israel. Malah sebelum dan sejurus mencapai kemerdekaan lagi negara Malaysia telah mempamirkan rekod keprihatinan yang amat membanggakan di dalam perjuangan membela rakyat Palestin meski tanah air sendiri masih lagi bergelut dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran, termasuklah gugatan Malayan Union, ancaman Komunis, dan kebangkitan untuk mencapai kemerdekaan dari penjajahan British. Sejarah telah membuktikan bahawa seorang tokoh pejuang kemerdekaan yang tersohor iaitu Ustaz Abu Bakar al Baqir telah menggerakkan satu inisiatif yang diberi nama MATA (Majlis Agama Tinggi) pada tahun 1947 yang antara lain turut memberi tumpuan kepada isu-isu antarabangsa umat Islam khususnya pejuangan rakyat Palestin dan Pattani yang tertindas. Di samping itu perbahasan dalam Dewan Rakyat juga telah merakamkan penegasan prinsip yang digariskan oleh Profesor Zulkifli Muhammad di dalam menentukan sikap terhadap pengiktirafan entiti zionis Israel. Prof Zulkifli Mohamed mempersoal asas Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu yang mengiktiraf negara Israel atas alasan ianya lahir dari ketetapan PBB 181 yang diterima pada tahun 1947 dengan sempadan yang terbentuk oleh The Rhodes Armistice pada tahun 1949. Walaupun kerajaan Perikatan memberi justifikasi pengiktirafan itu tidak bermakna Persekutuan Tanah Melayu akan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, pengiktirafan itu sendiri sudah cukup untuk memberi dokongan moral kepada entiti haram Israel. Tidak bermakna PBB mengakui negara Israel maka kita tidak punya pilihan dan terpaksa turut mengiktiraf sebuah negara yang didirikan dengan menafikan hak rakyat asal Palestin, meskipun proses pengiktirafan itu dibuat melalui badan dunia tersebut.

Untuk mengukuhkan hujah-hujahnya, Profesor Zulkifli Muhammad meletakkan persoalan asas berdirinya negara Israel itu. Apakah ia mempunyai hak untuk menubuhkan negara ‘Zionis’ di atas wilayah Palestin. Meskipun ia sudah tertubuh dan diakui oleh PBB, itu tidak menjawab soalan samada ia mempunyai hak atau sebaliknya. Bagaimana mungkin satu bangsa mengambil alih sebuah negara dari penduduk asalnya dan mendakwa ia berhak untuk mendirikan negara Israel di sana. Oleh itu, hujah beliau “…dengan tidak adanya hak asasi yang kuat (untuk penubuhan negara Israel), maka tidaklah adanya keadaan (de facto) itu membolehkan kita dengan sendirinya menganggap negara itu sah.”

Pada persidangan PBB pada tahun 1964, Malaysia melalui inisiatif sendiri telah mengemukakan deraf resolusi (A SPC/L.116) yang menggesa supaya suatu wakil rasmi (custodian) dilantik bagi pengurus hartanah pelarian di bumi Palestin yang terjajah. Wakil Malaysia berhujah bahawa tuntutan ini adalah selari dengan hak asasi di mana tidak ada sebab kenapa rakyat Palestin yang terusir tidak punya hak untuk menguruskan hartanah (samada rumah dan tanah) yang mana mereka dipaksa keluar oleh penjajah Israel. Menafikan hak rakyat Palestin dalam hal ini adalah merupakan satu diskrimasi agama dan kaum yang bertentangan dengan Piagam PBB dan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa. Sebagaimana yang diduga deraf ini ditentang oleh Israel. Dalam mempertahankan tuntutan tersebut, wakil Malaysia menegaskan bahawa ’persoalan kedaulatan Israel wajib dilihat dalam konteks prinsip-prinsip antarabangsa dan tanggungjawab yang diletakkan di atas entiti tersebut ketika ianya dilahirkan oleh resolusi PBB. Jika Israel enggan untuk melaksanakan tuntutan ini maka adalah menjadi tanggungjawab Persidangan Agung PBB memaksa Israel melakukannya.’

Pada bulan April 1969, atas inisiatif Kuala Lumpur, 23 buah negara Islam bertemu di ibu negara di dalam Konferens Islam Antarabangsa. Konferens ini meluluskan beberapa resolusi iaitu (1) mengutuk Israel kerana merampas wilayah Arab dan Palestin termasuk Baitul Maqdis Timur dalam pencerobohan pada tahun 1967, dan (2) menggesa negara-negara Islam mengadakan sidang kemuncak bagi menangangi keadaan yang amat genting natijah dari pencerobohan Israel dan kesannya ke atas Baitul Maqdis dari pelbagai aspek. Inisiatif yang dimulakan oleh Kuala Lumpur ini boleh dianggap sebagai langkah awal ke arah penubuhan OIC (Organisation of Islamic Conference).

Kemudian satu peristiwa yang amat mengguris hati umat Islam di seluruh dunia berlaku pada 21 Ogos 1969 apabila seorang pelampau Yahudi telah membakar Masjid al Aqsa. Kesan dari pembakaran ini menyebabkan kemusnahan yang besar dan kerugian yang tidak dapat ditaksir dengan wang ringgit. Selain dari beberapa peninggalan sejarah yang tidak ternilai musnah dijilat api seperti mimbar yang telah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi sejak 700 tahun yang lalu, lebih penting lagi umat Islam merasa tercabar kerana Masjid ketiga paling suci dalam akidah umat Islam cuba dimusnahkan oleh tangan-tangan jahat zionis yang telah lama menyusun strategi untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan merampas tapak masjid untuk mendirikan rumah ibadat mereka (Haikal Sulaiman). Perbuatan pelampau Yahudi yang bernama Michael Dennis Rohan berbangsa Australia ini bukanlah satu perbuatan persendirian yang terpencil. Malah ia merupakan satu konspirasi yang dirancang sebegitu rapi oleh ketua-ketua agama Yahudi yang fanatik dan pendatang Yahudi yang bersekongkol dengan regim zionis untuk mengancam dan memusnahkan Masjid al Aqsa. Konspirasi ini amat jelas apabila penduduk Arab yang berada berhampiran masjid dibiarkan untuk memadamkan api yang sedang marak dengan menimba air dan memadamkan sendiri kebakaran dengan bantuan dari perkhidmatan bomba Jordan dari Ramallah, al-Khalil dan Nablus tanpa sebarang bantuan dari pehak berkuasa Israel. Michael Dennis dibicarakan atas percubaan membakar al Aqsa, tetapi diputuskan oleh mahkamah sebagai tidak siuman. Kejadian ini mengingatkan kita kepada pembunuhan yang berlaku di masjid Ibrahimi (Hebron) beberapa tahun lalu. Pelampau zionis ini juga dibicarakan dan mahkamah Israel memutuskan beliau juga tidak siuman. Samada Michael Dennis siuman atau tidak yang pasti satu laporan rasmi yang diterbitkan dalam akhbar Yediot Aharanot bahawa kuil Yahudi akan didirikan di tapak Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan laporan itu terbit pada 18 Ogos, tiga hari sebelum berlakunya kejadian pembakaran ke atas Masjid al Aqsa.

Tindakan jahat ini telah mencetuskan satu inisiatif yang digerakkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (mantan Perdana Menteri Malaysia), Raja Faisal Arab Saudi dan Raja Hassan II Maghribi untuk mengadakan sidang kemuncak negara Islam di Rabat dari 22 hingga 25 September 1969. Sidang kemuncak ini memutuskan resolusi untuk menyatukan seluruh negara-negara Islam ke arah memastikan pengunduran Israel dari wilayah Palestin yang diduduki natijah dari perang 1967. Satu resolusi juga menegaskan bahawa sebarang penyelesaian Palestin yang tidak menjamin kedudukan Baitul-Maqdis sebagai ibu negara Palestin sebagaimana statusnya sebelum tahun 1967 akan ditolak oleh negara-negara Islam. Sehubungan dengan itu sebuah sekretariat ditubuhkan di Jeddah dan Setiausaha Agung (Sekretary General) yang pertama diberi kepercayaan dan penghormatan ialah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dengan ini rasmilah penubuhan OIC seperti yang diketahui pada hari ini.

Sebaik selesai sahaja sidang kemuncak di Rabat, YTM Tunku Abdul Rahman bergegas ke Persidangan Agung PBB pada 7 Oktober 1969 sebagai mewakili ketua-ketua negara Islam bagi menegaskan semula kedudukan isu Palestin. Persoalan Palestin yang telah dikeluarkan dari agenda Persidangan PBB sejak tahun 1952 telah kembali diiktiraf oleh PBB hasil dari desakan dan aspirasi ketua-ketua negara Islam yang diungkapkan dengan penuh meyakinkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman di dalam persidangan PBB sesi yang ke 23 tersebut Persidangan Agung PBB kemudiannya merubah perspektif mereka terhadap isu Palestin dengan mengiktiraf rakyat Palestin sebagai penduduk yang mempunyai hak di bawah Piagam PBB. Kedudukan rakyat Palestin yang terusir dari tanah air mereka dan hak mereka yang tidak boleh diganggu gugat ini terjamin di bawah Resolusi PBB 2535B (XXIV) yang diterima oleh Persidangan Agung PBB pada 10 Disember 1969. Sumbangan dari YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj wajar dirakamkan sebagai batu tanda yang penting dalam perjuangan umat Islam di persada antarabangsa dalam isu pembelaan ke atas rakyat Palestin.

Ikrar dan tekad yang disuarakan sejak sidang kemuncak Rabat pada tahun 1969 terus dihayati oleh kerajaan Malaysia dan rakyatnya sejak 21 Ogos 1969 sebagai Hari al-Aqsa ataupun kini dikenali dengan lebih populor sebagai ROQ (Remembrance of al Quds). Demi memperbaharui komitmen Malaysia terhadap hari al-Aqsa maka setem-setem memperingati tarikh penting ini telah dikeluarkan pada tahun 21 Ogos 1978 dan sekali lagi pada tarikh yang sama pada tahun 1982. Berdasarkan kepada rekod sokongan dan solidariti rakyat Malaysia yang amat membanggakan ini maka adalah wajar bagi kerajaan Malaysia menghidupkan kembali hari al-Aqsa pada hari ini. Pengistiharan melalui pengumuman di dalam media massa cetak dan elektronik adalah suatu yang boleh menyemarakkan semula hari al-Quds. Dengan cara ini maka kesedaran rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin yang terus terjajah dan tertindas terutama dengan kepungan dan serangan biadap yang berlaku ke atas Gaza awal tahun ini akan terus bersemarak. Ia juga akan membangkitkan kesedaran dan dhamir umat Islam untuk membantu saudara-saudaranya di Palestin terutama dengan kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak yang penuh keberkatan yang kebetulan jatuhnya pada tarikh yang sama pada tahun ini.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
(Palestine Centre of Excellence - Pusat Kecemerlangan Palestin)
Menjelang 21 Ogos 2009

INCOMING TRANSMISSION......RAMADHAN 1430H


Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70 000 musim."

(Hadis Riwayat Muslim)

-moga bulan ini lebih baik dari bulan semalam hendaknya....buat diri ini terutama..


p/s:kredit to bro http://kahfi8.blogspot.com


Monday, August 17, 2009

Debaran Ini....


Debaran ini kian menghampiri......

beberapa jam sahaja lagi...

mohon agar dipermudah.....

LUAHANKU PADA 28 INI….


LUAHANKU PADA 28 INI….

28……..

Suatu nombor yang bermakna bagiku…..

bersama 28 ini aku akan mengharungi kehidupan ini setelah bebrpa tahun dan selama beberapa tahun lagi………

Sedar tak sedar………….

Bersama nombor 28 ini aku semakin dewasa, semakin bersama……….

Namun, secara perlahan, aku rasa semakin jauh dengan 28……



Maafkan diriku wahai 28……

Sedikit pun rasa kasih kasih dan sayng pada kamu tidak akan lenyap…….

Cuma terkadang aku sendiri mungkin tidak pandai atau salah menzahirkan rasa itu……

Hari demi hari……..

Sedar tak sedar…..

Ada perubahan-perubahan yang berlaku…………

Dan perubahan itu aku kurang senangi…maafkan aku…….



Duhai sayangku 28…


Hari demi hari kita lalui seperti biasa…

seperti tiada apa….

seperti robot2 di kilang….

yang diprogramkan…

dengan kerja yang yang diulang2…

yang sama……..

setiap hari dengan rutin yang sama……

dengan menyelesaikan perkara yang tidak pernah habis………

berulang2 dengan frekuensi yang sama…..

yang kadang2 jika berubah pun hanya rentaknya….

Rendah…..atau tinggi….

Itupun kerna diberi ujian manusia…….

Yung mungkin tidak bernilai disisiNya…..

Yang pada akhirnya menghilangkan RASA SEBENAR ERTI kita berada di dunia…….


وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون (56) ما اريد منهم من رزق وما اريد ان يطعمون (57) ان الله هو الرزاق ذوالقوة المتين(58)

“dan (ingatlah)Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-sekali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku idak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah, Daialah sahaja Yang Memberi Rezeki (kepada sekalian makhluknya, dan Dialah sahaja) Ynag mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kukuh Kekuasaanya”

(az-Zariyat:56-58)



Duhai sayangku 28……..


Aku sedar…siapalah aku…….

Untuk berkata sedemikian……

Pada kalian yang tampak hebat zahirnya…

Dengan kputusan2 yang tepampang hebat di mata manusia……

Namun diri ini masih ada rasa seorang sahabat..

Masih ada rasa seorang ummat……..

Yang tidak mahu hilang nya rasa CITA-CITA(BESAR) yang 1…

Dek kerana alpa dengan banyak cita-cita(kecil)………

Namun cita-cita yang tidak diselaraskan dengan CITA-CITA……..

Maka ianya hanya fatamorgana di padang pasir semata….

ibarat air laut……..semakin diminum,semakin haus…….



Duhai sayangku 28……


Aku jua insan biasa seperti kamu…….

Yang sering terpedaya dengan diri…

Namun aku masih ada rasa separa sedar………

Dan separa sedar inilah sepenuhnya ingin aku zahirkan pada kalian….

Untuk kta bersama mengingatkan diri sesama kita……..

berAQIDAH keranaNYA,

berIBADAH keranaNYA ,

berAKHLAK keranaNYA,

berCITA-CITA keranaNYA,

Serta TANGGUNGJAWAB yang dituntut kernaNYA……..

Kerna pada akhirnya yang dinilai disinya hanyalah sesuatu yang dibuat “KERANA-NYA”


وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون (56) ما اريد منهم من رزق وما اريد ان يطعمون (57) ان الله هو الرزاق ذوالقوة المتين(58)

“dan (ingatlah)Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-sekali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku idak menghendaki supaya mereka member makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah, Daialah sahaja Yang Memberi Rezeki (kepada sekalian makhluknya, dan Dialah sahaja) Ynag mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kukuh Kekuasaanya”

(az-Zariyat:56-58)



Duhai sayangku 28……


Kian diri memhon undur….

Dan kita masih ada waktu…..

Untuk men’servis’ keadaan ini……….

Untuk mentakwin diri….

Untuk memperbaiki diri…

Untuk memuhasabah diri………

Sekiranya kita MAHU…

Dan sekiranya MAHU…..

Silakankah layani iklan dibawah ini….

Dengan hati yang terbuka….

Buat sayangku 28………

Sunday, August 02, 2009

ReHaBiliTaTion..........

"Dan Dia lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui APA YANG KAMU KERJAKAN" (As-Syura:25)

Sunday, May 03, 2009

Ianya Kelu seketika





Bismillahir Rahmanir Rahim.......

kepada para pembaca, InsyaAllah saya akan mendiamkan blog ini buat seketika....

Mengapa? 

Biarlah ia menjadi rahsia anta saya dan Tuhan........

InsyaAllah tidak lama.......

sehingga selesai amal qowi yang tinggi awlawiyatnya diselesaikan..........



*Robbighfrlana, zunubana, waliwalidina, warhamhuma kama Rabbayana Soghira

Thursday, April 16, 2009

WaNatubuu ILaiKa Ya Rabbana...






Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu....


Bilakah diri ini kan kembali kepada fitrah sebenar
Pagiku ingat petangku alpa begitulah silih berganti....

Oh Tuhanku,
Kau bimbinglah,
Diri ini,
Yang mendamba cintaMu

Aku lemah,
Aku jahil,
Tanpa bimbingan dariMU,
Kau pengasih,
Kau penyayang
Kau pengampun,
Kepada hamba-hambaMu
Selangkahku,
kepadaMu,
1000 langkah Kau padaku........



Tuhan diri ini tidak layak ke syurgaMU,
Tapi…..tidak pula Aku sanggup ke nerakaMu



Tuhanku ampunkanlah segala dosaku,

Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu......


*(mencedok dari sebuah album nasyid)

Saturday, April 11, 2009

KiTakah ini?? setIap Kali???


“Entahlah…”, ujarnya dengan nada yang hampa, “Ini bukanlah usrah yang pertama aku hadiri, tapi sama sahaja rasanya, hanya sekadar memberi tahu, tidak pula menimbulkan mahu.”

Itu mungkin salah satu skrip dalam drama bersiri “Inilah Usrahku”, hampir setiap minggu ditayangkan…skrip mungkin sahaja tidak berubah…serupa saja…

Pasti sahaja watak-watak dalam drama ini berasa hampa…mungkin juga kecewa…apabila setiap kali “Inilah Usrahku” habis ditayangkan…keluhan itu pasti sahaja kedengaran, “Entahlah….”

Pasti sahaja hampa dan kecewa…watak naqib lakonannya hambar…kostumnya tidak kemas…apatah lagi selalu sahaja lupa skrip…penampilannya nampak kekok sekali…
Mad’u-mad’u pulang dari menonton “Inilah Usrahku”…mengeluh lagi,


“Ana bukan apa akhi…naqib ana ni tak basah lah, kering…orang kata, menyuap maklumat bukan memahamkan…”, …balas rakan si ana, “ana ingatkan ana sorang saja yang rasa macam tu, rasa macam usrah ni tak mengubah apapun…tapi entahlah akhi…”

Pulanglah mereka…hampa dan kecewa…kerana si naqib tidak mampu membasahkan…tiada kata-kata yang keramat dari lidah si naqib…menanti kata-kata keramat yang akan mengubah mereka…


Lafaz-lafaz Mentera

Begitulah penantian mereka…menanti kata-kata keramat dari lidah si naqib…kata-kata yang dapat menggegarkan hati…mencairkan keras jiwa…umpama lafaz-lafaz mentera penuh keajaiban…yang dapat mengubah 1001 perkara…yang jelek diperindah…yang derita digembirakan…

Setiapkali usrah, datanglah ia bersama harapan dan tanggapan ini…moga-moga diberikan petunjuk, timbullah rasa keinsafan dan kesedaran…si naqib nanti akan mengetuk hatinya dengan peringatan dan amaran Tuhan…kerana ia ingin berubah…kerana ia inginkan keajaiban kata-kata…

Pasti juga, setiapkali usrah, ia pulang hampa tidak beroleh apa yang dicita…apabila keajaiban tidak terjelma dengan kata-kata…si naqib sekali lagi penat melafazkan kalimah keramat, mentera-mentera ajaib…tetapi nampaknya tidak berkesan lagi…
Pulanglah mereka…hampa dan kecewa…kerana si naqib tidak mampu membasahkan…tiada kata-kata yang keramat dari lidah si naqib…menanti kata-kata keramat yang akan mengubah mereka…


Kembalilah mereka kepada kehidupan asal…kerana kata mereka, “usrah ni tak mengubah apa pun…”… Kembalilah mereka kepada rutin kebiasaan mereka di hadapan kaca TV atau di hadapan skrin computer…hampa dan kecewa…mungkin sahaja satu hari nanti, mereka sudah bosan dengan drama bersiri “Inilah Usrahku”…putus asa dan hilang percaya kepada si naqib kerana tidak mampu melafazkan mentera keramat yang mujarab kepada segala permasalahan…

Begitulah episod “Inilah Usrahku” kali ini…pasti sahaja skripnya berulang…kerana ini adalah drama bersiri…


Keajaiban yang akan Mengubah Kebiasaan

Penganut teori “Perubahan Ajaib” atau “Reformasi Mentera Keramat” pasti menanti sesuatu yang luar biasa untuk mengubah kebiasaan mereka…

Umpama keajaiban kalimah Tuhan dari langit yang diturunkan dengan penuh keajaiban kepada manusia biasa…lantas membawa arus perubahan kepada seluruh manusia…itulah keajaiban sangkaan mereka…

Kita telah mengimani kehebatan Al-Quran semenjak kita melafazkan ikrar kita kepada Tuhan…Dia lah selayaknya disembah…Dia lah sebaik-baik sembahan…
Kita juga telah mengimani kebenaran Rasulullah semenjak kita mengikat janji setia kepada kepimpinannya…


Setinggi-tinggi keimanan kita kepada kehebatan Al-Quran dan Rasulullah membuatkan kita kadangkala bertanya…Kenapa kitab sehebat ini tidak pula dapat mengubah manusia?…Adakah kata-kata rabbani tidak cukup ajaib?
Tengok sahaja di kalangan para sahabat…hanya segelintir sahaja yang benar-benar berubah kerana terpesona dengan keindahan dan kehebatan Al-Quran sepertimana yang berlaku kepada Saidina Umar…selebihnya, majoriti memeluk Islam banyak dipengaruhi faktor keperibadian Rasulullah atau juga kehebatan kuasa Islam apabila mula memenangi peperangan demi peperangan…



Adakah kita masih menanti keajaiban kata-kata???

Saturday, March 21, 2009

GuSaRnya Nafsu, NiKmAtNya ImAn










Nafsu=Lust=nak Dunya

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kata nafsu,

Bestnyer tido. dah la semalam tido kol 3.... Ish,lambat subuh kengkadang xpe kot..






Kata Iman,

Ya Allah permudahkanlah aku untuk bangun seawal yang mungkin... ku teringin ber'Qiam' sebelum subuh ya Allah





kata nafsu,

Esh,subuh dah solat nih... pekate tido jap...ngantuk x ilang lagi nih...






Kata Iman,
Lepas subuh ni, zikir mathurat la paling utama... pastu hafaz Quran...peh masyyuk







kata nafsu,

eh,masuk kelas lewat sikit xpe kot... lecturer faham aku stdy lewat semalam




kata Iman,

Kene masuk awal lagi dari lecturer ni... alang-alang 2 boleh la stdy ckit









kata nafsu,

Malas ah nak datang lecture harini.... bosan lecturer tuh,asyik toucher orang jer





kata iman,

wajib datang lecture...amanah sebagai pelajar nih.... x sanggup aku nak menipu parents aku


Friday, February 27, 2009

YOU are around the corner???


YOU=Profesional Exam







....itu permulaan topik kali ini.....


Dengan izinNya insyaAllah saya akan sekali lagi bertemu dengan peperiksaan (dunia) yang digeruni oleh sebilangan besar pelajar batch 1 fakulti pergigian Uni.Sains Islam Malaysia...bermula 2/3-28/3 ini insyaAllah...


hurm..mungkin ini pertama kali saya menyebutkan berkenaan kehidupan saya sebagai peljara fakulti pergigian.....agaknya mengapa ya?


x mengapalah,simpankan sahaja persoalan itu.......... cuma harapan saya agar para pengunjung dan sahabat2 yang menyayangi diri ini mendoakan kejayaan saya dalam menempuh Ujian yang telah diketahui tarikhnya,masanya,jadualnya, dn subjek-subjek yang berkaitan dengannya... dan doakan juga agar saya berjaya dalam peperiksaan akhirat yang entah bila akan datang.tulat? lusa? esok? hari ini? kejap lagi?...........semestinya ia lebih susah untuk LULUS dari peperiksaan profesional yang mendatang ini.........


allahu ta'ala a'lam........ Allahummaghfirlana ya ALLAH

Thursday, February 26, 2009

Salahkah Untuk BeRgErAk???





Kata-kata ntah sape ntah:




"eleh, ko x payahlah berlagak baik, bukan aku x tau kau tu dulu macam mane. Sudah-sudahlah berlagak baik tu..koya la ko"

(kata AnOnyMus kepada profhusaini)




Jawapan yang fitrah:


"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."(3:110)




salahkah melaksanakan tanggungjawab sebagi individu muslim? Salahkah melaksanakan tanggungjawab yang sudah ditaklifi atas setiap mereka yang bergelar MUSLIM? salahkah melaksanakan tanggungjawab yang diyakini ia pasti ditanya di hadapan tuhanNya di akhirat kelak? salahkah melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba abdi di sisiNya? salahkah?salahkah?salahkah?......


umm...pening-pening...terbalik-terbalik.... sungguh pandai 'pemutar-alam' ni memutar belit keadaan...


mengulas posting seorang musafir yang sudah melangkah jauh di medan dakwah, dalam tulisannya "Tidak bergerak itu satu kesalahan", jelas pada hakikatnya bahawa, sebagai penggerak agama menjadi kesalahan jika anda tidak bergerak, maka itulah kesalahan paling besar. Perlu diperingat bahawa bukan bergerak dengan cara yang salah itu yang terbesar kesalahannya. Inilah masalah kita..... sentiasa melihat kesalahan orang lain......... besar sangat ke debu di seberang laut sehinggakan gajah di depan mata x nampak?...hurrrm....kenapa yaaa?


KERANA kita sering akan melihat salahnya orang yang bergerak dan bukan salahnya orang yang tidak bergerak.


mungkin ini sunnatullah pada manusia. kita lebih suka mencari dan melihat kesalahan orang yang menegur@berdakwah@buat kerja, tetapi tidak melihat salahnya orang yang tidak menegur@berdakwah@buat kerja ! sedangkan tidak menegur@berdakwah@buat kerja itulah kesalahan yang telah pasti !


salah dan tidaknya si penegur belum tentu. kerana kita kena faham konsep ijtihadi dan qat’i. ijtihadi tidak salah sepenuhnya. ia masih mendapat satu pahala jika benar-benar salah. tetapi orang yang tidak bergerak untuk dakwah itulah yang for sure,free of charge dapat salahnya. kerana ia membiarkan jahiliyyah bergerak tanpa dia berusaha apa-apa untuk menahannya.


hurm...still xnak bergerak? yang paling penting, umum mesti memahami:


Peringatan ini bukan mengajak untuk kita mengurangkan ‘Izzah‘ dengan apa yang kita fahami dan yakini… tapi hanya untuk menjadi peringatan supaya kita berimbang dan adil ketika melihat orang lain.....


ok,xpe, I accept ur apologize.....pasni x nak dengar dah:


"eleh, ko x payahlah berlagak baik, bukan aku x tau kau tu dulu macam mane. Sudah-sudahlah berlagak baik tu..koya la ko"


Enaff iz enaff


Wednesday, February 18, 2009

CoPy n PasTe





(hasil fikrah seoramg sahabat......moga menjadi Tazkirah)


Assalamualaikum wbt,
semoga semua alumni SMIH yg hebat2 di bidang masing2 semua berada dalam keadaan yg terbaik, sihat walafiat utk terus beramal mengumpul bekalan menuju Allah swt.sebenarnya kadang2 ana rasa sangat bimbang untuk suarakan perkara ni, takut2 di akhirat nanti dibangkitkan dgn perut terburai dan tali perut (usus) terkeluar, kemudian mengelilingi perut itu seperti keldai yg mengelilingi pengisar gandum, azab kerana suruh org buat tp diri sendiri tak buat. (wal 'iyazu billah..)
tp atas dasar amanah kepada kefahaman ini, ana perlu lontarkn sesuatu, moga2 menjadi motivasi dan pendorong utk terus tetap pendirian, dan menjadi hujjah untuk sesiapa yg dgr menegur ana dgn sekeras yg mungkin kalau2 ana dah jauh terpesong, supaya ana dapat kembali ke pangkuan ini sblm nafas terhenti.. (na'uzubillah..)
--------------
1. kita xperlu fahami dakwah dgn takrifan dan definisi yg berat2.. dakwah adalah mengambil berat hal ehwal muslimin secara keseluruhan. gambaran keadaan umum umat Islam di dunia, dan dgn detail/teliti loacally di sekitar kita.


2. tarbiyah (pendidikan diri) adalah dakwah, kerana menyediakan diri sendiri adalah supaya dapat memandu org lain menuju Allah.spt belajar medik adalah sebahagian drpd kehidupan seorang doktor. mendalami islam supaya dapat memahami dakwah bahawa ia adalah bahagian penting dalam islam.ulama' tafsir sebut ttg ayat2 qur'an berkaitan hal ini, org2 yg jahat dan mengajak kepada kejahatan tempatnya pasti di neraka. org2 soleh yg mengajak kepada makruf cegah mungkar tempatnya di syurga. tp tiada lgsg ayat Quran yg sebut ttg apakah nasib org2 soleh yg diam dari mengajak kepada makruf/mencegah mungkat (berdakwah). pendapat plg kuat mengatakan tmptnya sama di neraka, kerana diam terhadap maksiat adalah redha dgn maksiat. redha terhadap maksiat yg berlaku adalah maksiat juga.

3. Al-Quran adalah farmasi hidup semua manusia terutamanya mukmin. semua penyakit2 manusia di atas muka bumi ini kita akan dapatinya dalam Al-Quran.Sunnah adalah praktik rawatan. sesiapa yg menguasai sunnah rasulullah (seluruh kehidupan baginda > didapati dari seerah yg suci), dia akan memahami cara merawat penyakit2 manusia dgn cara yg terbaik.saya tak berani mengatakan bahawa diri saya cukup untuk beramal tanpa mengambil sunnah2 itu secara lengkap.

4. tarbiyah itu cukup luas, seluas kehidupan selautan manusia.sesiapa yg mengatakan bahawa hidupnya semata-mata adalah tarbiyah, maka dia ditarbiyah hanya untuk hidup.jika kita mengambil dakwah secara lengkap adalah tarbiyah, maka kita sebenarnya ditarbiyah untuk tujuan dakwah dgn lengkap.perjumpaan2 di antara org2 yg saling mendidik/mentarbiyah diri merupakan salah satu cara terbaik untuk mencapai tujuan tarbiyah, ia adalah sunnah alam yg tak dpt kita lari daripadanya.

5. al-manhaj al-mursyidah (methodologi terpandu) merupakan himpunan kaedah2 dan semua falsafah2 yg berkaitan dgn tarbiyah, diambil dr kefahaman yg mendalam ttg al-Quran dan Sunnah secara keseluruhan, tanpa mengurangi atau menambah2 mana2 bahagian.beramal dgn manhaj ini adalah perkara asas (usul) dalam kehidupan seorang mukmin, dan mengambil selainnya selepas itu adalah perkara sampingan, mengambilnya suku2 adalah kecuaian sengaja atau tidak sengaja.kelemahan saya untuk mencapai tahap mampu melihat perkara2 usul ini dari kedua2 sumber dan mengamalkannya dgn baik menjadikan saya perlu sandarkan pada ulama'2 di bidang ini yg faqih dan diiktiraf ummah.

6. qaedah fiqh : "maslahah 'ammah awla min maslahah khassah."apa yg ana nampak, qaedah ini sbnrnya sgt praktikal dan langsung tak bertentangan dgn dakwah/tarbiyah. jika kita kaitkan dgn tarbiyah, menyiapkan diri/mana2 peribadi adalah utk maslahah ummah secara menyeluruh. menyertai dakwah/tarbiyah bermakna kita mengorbankan kepentingan diri (maslahah khassah) spt byk rehat, tgglam dlm perkara2 harus, semata2 untuk maslahah ummah (maslahah 'ammah).

7. kata2 seorang syeikh tarbiyah yg x penting sgt namanya disebut berkenaan kepentingan trbyh sebelum terjun ke medan : menyiapkan seorang muslim sehingga ia benar2 memiliki sifat2 seorang muslim adalah keutamaan sebelum meletakkannya di dalam barisan dan medan. kerana jika kita tergesa2 dan meletakkan seseorang yg belum bersedia, ia adalah satu kezaliman ke atas dirinya sendiri, kezaliman kepada Allah dan RasulNya, kerana kita hanya mengumpulkan org2 yg hanya mampu mencela org lain dan kurang beramal. dan pasti kezaliman itu akan disoal apabila kita berhadapan dgn Allah swt nnt.

8. seluruh aspek kehidupan manusia masing2 adalah seni yg tersendiri. manusia tak diprogram utk buat perkara yg sama. bahkan ia bebas melakukan apa sahaja yg ia mahu atau tak mahu, yg baik atau yg x baik.kerana itulah turunnya manhaj al-quran yg dijelmakan dalam sunnah utk dicontohi manusia. mengajar kita bahawa hidup ini adalah untuk tunduk pada aturan Allah secara total.bagaimana menjelmakan seluruh manhaj ini dalam semua cabang hidup. kalau mencipta lirik dan lagu pasti ada akhlaqnya, melukis komik, melaksanakan pemerintahan ke atas manusia lain, jual beli, nikah kahwin, hubungan dalam keluarga, buat animasi, buat filem, etc etc..jauhnya kita dalam mana2 aspek kehidupan kita dari manhaj inilah yg akan menjauhkan kita dari Pencipta manhaj ini.sori terpaksa sentuh sikit, contohnya dlm perang, manhaj bukannya menunjukkan kepada kita cara2 bunuh musuh, tp manhaj menunjukkan kepada kita tatacara, akhlaq dan sikap sepatutnya bg seorang mukmin dalam bertindak, walaupun terhadap musuh.

9. ana nak tegaskan semula kata2 al-Banna, bahawa jalan ini adalah jalan yg dah terlukis/dah ada manual. kita tinggal nk faham dan laksanakan. bukannya buat baru.

10. sedikit ttg situasi politik tanah air, mgkn sesekali kita perlu mengambil lahzah wal waqfah (sedetik utk berhenti melangkah) melihat kembali dgn serius perkara ni. apa sbnrnya yg akan menyelamatkan umat Islam di Malaysia? mizannya apa yg rasulullah kata 2 benda yg kalau kita pegang dgn kuat kita takkan tersesat sampai bila2.dlm quran ttg isu umat islam secara umum, bukannya kepentingan mana2 kumpulan.. lebih2 lagi bagaimana sebenarnya kita dlm menggunakan khidmat/mendapatkan sokongan org2 kafir yg tak sukakan Islam dan menyatakan kebenciannya secara jelas atau kias2..... liyaThmainna qalbi...

11. minta maaf byk2 kalau ada mana2 pihak yg terasa. lontaran ini bukan nak melarikan diri dari beban atau nak mengatakan ana/sesiapa tak ada kesalahan. tp agar kita mampu meringankan beban kita semua umat Islam, lebih2 lagi pendokong dakwah. semoga dipermudahkan Allah sehingga bertemu kemenangan.
mari belajar rahsia kemenangan rasulullah dan para sahabat, salahuddin al-ayyubi dan muhammad al-fateh, HAMAS dan mereka2 yg seumpama mereka : tasfiyah saff wa tahqiq asbab an-nusrah.(sesungguhnya Allah itu baik, tak terima melainkan dari yg baik.. mafhum dari salah satu hadith 40)


------------------------------------------------------------------------------------------------

sori kalau terluah direct je. ni intipati prinsip2 seorang yg ingin melalui jalan yg penuh barakah ini. kalau ada yg x kena blh la tegur direct.. huhu.sesiapa yg faham mmg sbg peringatan utk ana dan antum. yg tak faham boleh cuba faham2kan sikit2 berperingkat2.

Allahumma isyfi qulubana.. Allahumma isfi sufufana.. Allahumma thabbitna jami'an..Allahumma ballaghtu ma 'alimtu min 'ilmak.. Fasyhadhu wa huwa ma'ziratan li..
Allahu a'lam.Wslm.

-- -salman abdul rahman-
"Berimanlah kerana Iman itu penghapus duka, penyejuk mata ahli tawhid dan penghibur ahli 'abid."
Dr 'Aidh Abdullah alQarni, [La Tahdzan], Dar Ibn Hazm, Beirut

Monday, February 16, 2009

Kereta api dah nak gi JAUUUUUUH niiiiii





"time n tides wait for no man"
"al-waqtu kas soiif"(apela laptop ana nih...xd format arab..sape la tuan die..uhuhu)
"al-waajibaat aksar min awqaat"

........sahabat sekalian..............
sudah cukup masa berlenggang, bermain, berfoya, ber'gitu-gitu' dan sewaktu dengannya..........

kini masanya untuk serius(lambatnye aku sedaaar!!).............

sahabat...fahamilah makna ranjau hidup yang sebenar.......... kelak kau kan sedar..........
perjalanan ini tidak semudah yang disangka.............

logik ke boleh masuk syurga dengan ape yang kita buat hari ni(semata??)...
sedangkan para rasul dan sahabat kerja 'gila-gila'?................
how bout US?????

.........saya serahkan pada pembaca untuk menilai............... tapi ingat............ 'kereta api ni tidak menunggu orang.........sampai masanya dia akan berangkat.........yang tertinggal?? naudzubillahi min zalik............



*tut tut tut..next stesyen..jannah....
(ding-ding: ahhamiyatuss syahadatain @ syahadatul haq by Abul a'la al-maududi)

Tuesday, January 20, 2009

mAlaYsIa DiSeRaNg????

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain….


Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir….. kita sering mendengar pemimpin2 kita menggunakan modal seperti ini..

” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai….”


Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, .....


sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku.


Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?



MALAYSIA DISERANG ???untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)


AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia …lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia …AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.


Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.


Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita… YB Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya… semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.


Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid… Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.


SAAT Peperangan bermula….Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom…melancar peluru berpandu… membedil…menembak Rakyat Malaysia…mereka membunuh Orang tua… perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita…sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran.


Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti…..


Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang….datang lagi pesawat musuh silih berganti….


Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO… diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.


Anda di berada di Kedah….Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara…tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda… menentang pintu rumah anda….anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…


Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda…sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia …muncung senapang ditujukan di kepala anda…Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2008…diajukan muncung senapang…


DAMMMMMM…anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu…Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata…..Anda menangis ketakutan….Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak…untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati….tetapi umur anda masih panjang….anda masih hidup…anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri….Anda mengalirkan air mata…



INGAT AKAN ALLAH….Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.


Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini….Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata…Anak kecil ditembak didepan mata…Isteri dirampas untuk diperkosa…. didepan mata!!!!kawan-kawan…sahabat taulan… ramai yang terkorban..dan tidak kurang juga yang cedera parahh..Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri…mereka tidak bernasib baik seperti anda…Diatas bukit itu juga…anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa…


Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti….Apa yang anda Harapkan pada masa itu????Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali…


BANTUAN ALLAH….BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA … ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN…..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI……


Tetapi tunggu punya tunggu…. bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:


“Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia ” (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)


“Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti…setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu”(Presiden NAM )


“Alhamdulillah… Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan…Kita semua patut bersyukur… kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni”, Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)


“Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia ” Wakil Penduduk Islam Selatan Tahailand )


“Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan” Pemimpin Arab Saudi


..bagi komen dan pendapat…APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??bak kata nabiel...Lu pikir la sndri

Saturday, January 03, 2009

Am I????

*bila terbaca....dan melihat diri ini...... ibarat langit dengan bumi......
(speechless
)


LELAKI ACUAN AL QURAN

Lelaki acuan Al Quran ialah seorang lelaki yg beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kpd Allah s.w.t
Yang sentiasa haus dengan ILMU
Yang sentiasa dahaga maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak gentar melawan hawa nafsu

Lelaki acuan Al Quran ialah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimiliki
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicari
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak
Mempunyai musuh bersifat jembalang.

Lelaki acuan Al Quran ialah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada orang tuanya dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumah tangga
Yang akan mendidik anak mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup dengan KESERDEHANAAN
Kerana DUNIA baginya RUMAH SEMENTARA menunggu AKHIRAT

Lelaki acuan Al Quran sentiasa bersedia utk AGAMANYA
Yang hidup dibawah naungan AL Quran dan
Mencontohi sifat Rasulullah s.a.w dn Khalifah Ar-Rasyidin
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya dengan penuh kesyukuran dgn rahmat Allah s.w.t

Lelaki acuan Al Quran tidak pernah membazirkan masa
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengalun ayat ayat Al QUran dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Yang bangun subuh dengan kesyukuran dan rahmat Allah s.w.t
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kemalangan.

Lelaki acuan Al Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya didunia adalah LADANG AKHIRAt
Yang mana buah kehidupan ini perlu dibaja dan dijaga
Meneruskn perjuangan ISLAM sebelum hari kemudian

Lelaki acuan Al Quran ialah lelaki yang tidak
Terpesona dgn buaian dunia
Yang kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah impiannya..

.........DIALAH LELAKI ACUAN AL-QURAN

Friday, January 02, 2009

HIJRAH 1430





"Hijrah ini memang susah, hijrah ini memang payah, hijrah ini menuju Allah, dihujungnya HASANAH..........."


(dipetik dari suntai lirik)


Salam Hijrah kepada semua........

saya melihat tahun baru ini sebagai satu dunia baru untuk saya....Kenapa?? pelbagai perkara,peristiwa,kenangan sepanjang 2008M/1429H yang dilalui cukup mengenalkan saya erti kedewasaan........ dalam tahun ini pelbagai fasa saya telah lalui..... semuanya mematngkan saya tentang erti hidup.......kisah Hijrah Rasulullah habibina menjadi pengajaran........ Sirah ar-Rasul mengajar kita supaya berhijrah............ sememangnya Tiada hijrah selepas fathul Makkah melainkan niat dan amal............. bermula hari ni,mari bersama............. kita berubah...........



Persoalan saya kepada anda.............

Bagaimana Hijrah fizikal(Dari mekkah ke madinah) boleh menjadi Hijrah Minda?................


Fikirkan dan aplikasikanlah............

Thursday, January 01, 2009

PALESTINA KU!!! TERUS BERDARAH, MAKIN BERNANAH

(gambar terbaru di Gaza)



Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 154:


"Janganlah kamu menganggap (berkata) mereka yang berjuang di jalan Allah (jihad) mati, bahkan mereka sebenarnya hidup tetapi kamu tidak mengetahui"


AYYUHAL IKHWAH!!,


Dendam kesumat dan kezaliman orang-orang Yahudi terhadap Islam dan umat Islam tidak akan padam bermula dengan peristiwa hijrahnya Rasulullah saw dari Mekah ke Madinah. Semenjak peristiwa hijrah yang memberi impak besar terhadap perkembangan Islam, Yahudi sentiasa merencanakan programnya bagi memastikan Islam akan lemah dan tidak diterima oleh manusia.


Bermulalah perancangan- perancangan licik mereka dengan menggunakan pelbagai pendekatan, sama ada yang sulit mahupun yang terang bagi memastikan cita-cita mereka untuk menguasai dunia tercapai. Sebagai contohnya, Perang Ahzab tercetus adalah disebabkan persengkokolan kabilah-kabilah Arab untuk menyerang Madinah hasil adu-domba dan hasutan yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi setelah mereka mengkhianati perjanjian dengan Rasulullah saw. Contoh lain pula, apabila Kota Konstinople berjaya dibebaskan oleh Sultan Muhammad al-Fateh yang boleh menatijahkan Islam akan berkembang dengan pesat di benua Eropah, Yaaqub Basha (Miyastro Jacob) seorang doktor yang beragama Yahudi telah membunuh Sultan serta Panglima Perang ini, dengan meracunnya pada tahun 1487M.


Sejarah moden juga tidak ketinggalan mencatatkan, bagaimana pelbagai perancangan jahat mereka melalui pertubuhan zionis, telah menghasilkan negara haram Israel pada 14 Mei 1948 melalui perampasan tanah-tanah milik umat Islam hasil perjanjian Balfour pada tahun 1917. Persengkokolan zionis dengan negara-negara Eropah terutamanya Britain pada masa tersebut, telah menyebabkan penderitaan berpanjangan rakyat Palestin sehingga menjangkau 60 tahun lamanya sehinggalah kepada serangan besar-besaran melalui udara yang dilakukan oleh rejim zionis kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sekarang ini. Sidang Jumaat yang dirahmati,


Demokrasi pilihanraya yang telah diperkenalkan oleh Barat dan didokong oleh mereka telah menyebabkan HAMAS memenangi pilihanraya pada tahun 2006. Mantan Presidan Amerika Syarikat sendiri, iaitu Jimmy Carter yang menjadi pemerhati pilihanraya tersebut, telah menyatakan bahawa pilihanraya yang dijalankan adalah telus dan adil. Rakyat Palestin telah memilih HAMAS melalui demokrasi yang didokong oleh Amerika Syarikat tetapi negara kuasa besar ini jugalah, yang menafikan kemenangan tersebut hasil daripada pengaruh zionis yang menguasai Rumah Putih. Rakyat Palestin telah memilih kerajaan yang sah menurut perlembagaan tetapi telah dinafikan kerana memilih HAMAS yang menjadi musuh kepada negara Israel . Amerika dan Israel lebih minat untuk membuat hubungan dengan FATAH yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas kerana mudah bagi mereka mempengaruhinya berbanding Ismael Haniyya yang lebih tegas dengan Israel . Hakikatnya pelbagai perjanjian yang dimeterai termasuklah perjanjian Oslo pada tahun 1993, namun kesemua perjanjian tersebut tidak memihak kepada rakyat Palestin sehingga kezaliman dan penindasan berterusan. Kemenangan HAMAS telah menyebabkan sekatan dilakukan oleh rejim zionis sehingga menyebabkan penderitaan yang tidak dapat digambarkan dialami oleh rakyat Palestin di Semenanjung Gaza . Bekalan makanan disekat, bekalan ubat-ubatan dinafikan, minyak dan gas dihalang, permit kerja dibekukan sehingga memberi kesan penderitaan yang amat perit untuk digambarkan. Tanpa peri kemanusiaan, rejim zionis melakukan apa sahaja yang dikehendaki oleh mereka tanpa menghiraukan bantahan masyarakat dunia, undang-undang antarabangsa dan protokol-protokol Geneva yang diluluskan oleh masyarakat antarabangsa. Rakyat Semenanjung Gaza yang berjumlah 1.5 juta mengalami kelaparan, kesakitan berpanjangan, pengangguran dan kesusahan yang tidak boleh digambarkan oleh masyarakat dunia khususnya di Malaysia . Setelah pelbagai sekatan dijalankan tanpa ada reaksi daripada kerajaan negara-negara Arab yang berada di sekitarnya, rejim zionis menggerakkan ketumbukan tentera daratnya dengan kereta-kereta kebal buatan Amerika Syarikat untuk menjajah Semenanjung Gaza dengan didahului serangan udara yang amat dahsyat sehingga mengorbankan lebih daripada 300 rakyat Palestin. Apa yang lebih malang , sebuah keluarga yang mencari perlindungan daripada serangan tentera udara rejim zionis telah ditembak oleh pengawal sempadan negara Mesir di sempadan Rafah sehingga menyebabkan kematian seorang ibu dan anaknya yang masih kecil. Inilah yang berlaku kepada rakyat Palestin yang bukan sahaja dizalimi oleh rejim zionis tetapi juga kerajaan negara Arab yang berada di sekitarnya. Sidang Jumaat rahimahullah


Masjid al-Aqsa yang terletak di Palestin merupakan kiblat pertama umat Islam, masjid kedua dibina setelah Masjid al-Haram dan merupakan tempat di mana Rasulullah saw di Isra ' kan sebelum dimikrajkan ke Sidratul Muntaha. Negara Palestin merupakan negara yang diberkati kerana ramainya para nabi diutuskan oleh Allah swt di situ, Palestin juga merupakan bumi yang subur dan merupakan negara yang dahuluinya dimiliki oleh umat Islam keseluruhannya. Pembebasannya telah dilaksanakan oleh Sayyidina Umar al-Khattab daripada cengkaman Rom Byzantine tetapi kemudiannya dijajah selama 88 tahun oleh tentera-tentera salib Eropah. Walaubagaimanapun,

Solahuddin al-Ayyubi atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub berjaya membebaskan semula daripada kezaliman tentera salib pada tahun 1187M.


Kata-kata yang pernah dinukilkan daripada Solahuddin yang berbangsa Kurdi ini mengenai Palestin ialah:

"Barangsiapa yang dapat menguasai Palestin (Masjid al-Aqsa), maka akan dapat menguasai dunia keseluruhannya"


Sesungguhnya bumi yang terdapat Masjid al-Aqsa sekarang ini telah dikuasai oleh rejim zionis melalui perancangan- perancangan licik mereka melalui kerjasama dengan negara-negara Eropah terutamanya Amerika Syarikat. Dengan kekuatan ketenteraan yang dimiliki, persepakatan yang jitu dan perancangan yang teliti, bumi ini telah dikuasai oleh bangsa yang pernah membunuh nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka. Bangsa ini jugalah yang pernah membakar Masjid al-Aqsa pada tahun 1967 dan bangsa ini jugalah yang sekarang ini sedang melakukan holocoust kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza . Kekejaman dan kezaliman yang mereka lakukan memang telah didoktrinkan di dalam kitab suci mereka iaitu kitab Talmud dan terbaru Khakam mereka (ulama Yahudi) telah mengeluarkan fatwa supaya bangsa Arab sama ada Islam dan Kristian, dihapuskan melalui penubuhan semula organisai 101 yang dipimpin Ariel Sharon. Pertubuhan inilah yang telah mengganas dan membunuh ribuan pelarian Palestin di Kem Shabra dan Shatila pada tahun 1982. Zionis sebenarnya tidak mengerti apa ertinya perjanjian perdamaian, zionis buta dengan resolusi-resolusi amaran, zionis adalah bangsa yang pekak dengan arahan menghentikan serangan dan zionis jugalah bangsa yang menganggap mereka bangsa pilihan tuhan. Untuk melawan mereka, bukanlah dengan kata-kata damai, perjanjian persefahaman dan persetujuan yang didokumenkan, tetapi ia memerlukan kekuatan jihad yang berpanjangan dari seluruh umat Islam.



AYYUHAL IKHWAH!!,


Rakyat Palestin di Gaza sedang menghadapi pertarungan berseorangan tanpa bantuan daripada kerajaan negara-negara Arab dan Islam. Walaupun mereka bersendirian, mereka tetap melawan dengan kekuatan yang ada melalui pelancaran roket buatan sendiri yang mampu sampai ke sasaran 12 sehingga 40 km jauhnya. Inilah kekuatan pejuang Palestin yang amat ditakuti dan digeruni oleh Israel sehingga rejim ini mengarahkan serangan melalui udara dan darat kepada rakyat Palestin di Gaza. Mereka bertindak kerana mereka terancam dan takut dengan serangan yang dilakukan oleh para pejuang dan inilah sikap mereka sebenarnya yang membina tembok-tembok untuk melindungi mereka.


Kita semua mengetahui penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin tetapi apakah tindakan yang perlu kita lakukan bagi membantu saudara seakidah kita di Palestin serta menyelamatkan Masjid al-Aqsa daripada runtuh untuk digantikan dengan Haikal Sulaiman atau Temple Solomon . Adakah kita hanya menunggu keajaiban berlaku tanpa melakukan apa-apa dengan hanya melihat kezaliman terus berleluasa.? Adakah kita hanya mendiamkan diri dengan harapan orang lain yang membantu? Adakah kita semua terus menyepikan diri dengan membenarkan pembunuhan terhadap rakyat Palestin?


Kita semuanya WAJIB membantu rakyat Palestin tidak kira siapa dan di mana kita berada. Rakyat Palestin mewakili umat Islam seluruh dunia berjihad menentang musuh Islam. Apabila para pejuang berjihad menentang musuh Islam, maka wajib kepada seluruh umat Islam membantu mereka. Kita akan dipersoalkan di akhirat, nanti apakah bantuan dan sumbangan yang telah kita berikan kepada perjuangan Jihad di Palestin. Kita semua akan disoal oleh ALLAH SWT.


Kita wajib membantu mereka dengan keupayaan kita. Di antara bantuan yang boleh kita berikan ialah:


1. Membaca qunut nazilah setiap hari dan memohon kepada Allah swt agar kemenangan kepada Islam dan kehancuran kepada musuh Islam.


2. Memberi bantuan kewangan dan sokongan yang berterusan kepada rakyat Palestin melalui infaq dan sedekah tanpa mengira kedudukan kita sama ada miskin atau kaya kerana rakyat Palestin sedang mewakili kita untuk berjihad melawan musuh Allah swt.


3. Memboikot barangan yang dikeluarkan oleh Israel dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat dengan tidak membeli barangan tersebut.


4. Menggesa kerajaan negara-negara Islam menggunakan kemampuan mereka menghentikan kezaliman berleluasa di bumi Palestin. Sebagai rakyat dalam sebuah negara, kita perlu bersatu dalam isu yang melibatkan solidirati Islam melalui gesaan berterusan akan kerajaan negara-negara Islam bertanggungjawab terhadap Palestin.


5. Menulis di akhbar, majalah, buletin dan menyebarkan isu Palestin sebenarnya adalah isu umat Islam dan pembebasannya adalah tanggungjawab seluruh umat Islam.


6. Mendidik anak-anak supaya peka dengan isu Palestin dan mewujudkan tabung-tabung khas di rumah untuk diberikan kepada rakyat Palestin yang ditindas dan dizalimi.


7. Umat perlu kembali kepada al-Quran dan Sunnah dan mewujudkan kesatuan yang jitu berasaskan kepada agama Islam dan seterusnya menggandakan usaha melalu perancangan tersusun untuk membebaskan Palestin.


Ingatlah, barangsiapa yang tidak mengambil berat ke atas urusan umat Islam maka sesungguhnya mereka bukan tergolong daripada mereka. (Maksud Hadith)



AYYUHAL IKHWAH!!


Dahulunya penjajah telah melabelkan Tok Janggut, Tok Ku Paloh, Mat Kilau, Dato ' Maharajalela, Dato ' Bahaman dan para pejuang Melayu yang lainnya sebagai pemberontak dan akhirnya mereka diburu oleh penjajah British sehingga mereka syahid di medan pertempuran. Mereka dianggap oleh British sebagai pemberontak kerana mereka bangun menentang penjajahan dan mempertahankan Tanah Melayu dari terus dijajah oleh British. Persoalannya sekarang, adakah HAMAS yang berjuang menentang keganasan dan kezaliman di bumi Palestin dianggap sebagai pengganas sedangkan mereka berjuang mempertahankan tanah air dan rakyat yang memilih mereka? Adakah mereka pengganas kerana merekalah yang mempertaruhkan jiwa dan raga mereka membebaskan Palestin? Sesungguhnya tertipulah kepada mereka yang menganggap HAMAS sebagai pengganas kerana label ini diberikan oleh negara haram Israel dan Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, persengkokolan dengan mengiktiraf HAMAS sebagai pengganas merupakan satu kesilapan yang perlu diperbetulkan. Mereka adalah pejuang mempertahankan tanah air dengan menggadaikan nyawa mereka dengan kelengkapan peperangan yang amat terhad.



AYYUHAL IKHWAH!!


Rakyat Palestin memerlukan doa kita, Palestin mengharapkan bantuan berterusan daripada kita semua, Masjid al-Aqsa mengharapkan munculnya Solahuddin al-Ayyubi bagi menyelamatkanya daripada diruntuhkan dan harapan ini tersandar kepada bahu-bahu kita semua.


Bangunlah membantu Palestin!


*Diedit dari khutbah jumaat