Friday, August 28, 2009
ReAliTi...ReAliTi????
Zaman dulu ber 'ana-enti',
Sekarang hilang diterbangkan angin;
'Aku-engkau' jadi pengganti,
"Ana rindulah sama ............ "
Bertudung labuh ayu sentiasa, (yeke???)
Ikhlas atau peraturan semata;
Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka,
Entah bila nak 'ayu' semula...
Tahun pertama sangat2 dijaga,
Tahun kedua dah berani mencuba,
Tahun ketiga dah xnak dgr kata,
habis keluar apa nak jadi agaknya.....
Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar...(aku
igt lg seyh)
Dulu cakap ngan laki jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar ngan buah hati,
(Friendster.FB.hanfon)
"rasa malu tu campak pi Thailand
ka?"
Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema"
Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila;
Sekarang Quran kumpul habuk jer,
"Alah, aku banyak kerja lain laa..."
Ustaz selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila dunia diletakkan di hati
Orang cakap budak ......... berkualiti,
Baik, berakhlak lengkap semuanya;
Sayangnya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada fi'il anak didiknya.
Bila ditegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tahu kenapa teruskan,
Seronok sangat ke kumpul dosa?
Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah agama;
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu baik sangat ke?"
Itulah realiti budak skolah agama,
Majoriti terkejut dek dunia luar;
Akhlak dan ilmu dalam pagar skolah
saja,
"Tak sesuai laa semua-semua ni kat
luar!"
Kesian ustaz mengajar kita,
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.
Memang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.
Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jom samasama jadi baik.
ReplyDeleteeventthough sarcsm is not a gud thing(as they say lar),tp bg aku sarcsm kdg2 boleh dijadikn sbg slh satu cra tegurn berhikamh. n lagi satu, adakah kurg elok 'ana-anta' itu ditukar kpd aku-kau? abaikn persoalan 'adkn elok guna aku kau; tp y sy nk tnya,adkh budaya 'ana=anta' itu satu sunnah? buknkh ianya satu budaya? adkh slh meningglknya??
ReplyDeleteAna berpendapat tidak mengapa meninggalkannya
ReplyDeleteCuma satu cara untuk mewujudkan ruh islami antara ikhwah akhwat
Agar terasa lain ruhnya, tidak sama dengan keadaan ketika bersama jahiliyah di luar sana, Itu aja
Pelan2, bahasa Al-Quran digunakan dalam komunikasi ikhwah akhwat..
Kalau rasanya mampu dapat "rasa" ruh itu tanpa menggunakannya, silakan. Tiada yang memaksa.