Wednesday, February 18, 2009

CoPy n PasTe





(hasil fikrah seoramg sahabat......moga menjadi Tazkirah)


Assalamualaikum wbt,
semoga semua alumni SMIH yg hebat2 di bidang masing2 semua berada dalam keadaan yg terbaik, sihat walafiat utk terus beramal mengumpul bekalan menuju Allah swt.sebenarnya kadang2 ana rasa sangat bimbang untuk suarakan perkara ni, takut2 di akhirat nanti dibangkitkan dgn perut terburai dan tali perut (usus) terkeluar, kemudian mengelilingi perut itu seperti keldai yg mengelilingi pengisar gandum, azab kerana suruh org buat tp diri sendiri tak buat. (wal 'iyazu billah..)
tp atas dasar amanah kepada kefahaman ini, ana perlu lontarkn sesuatu, moga2 menjadi motivasi dan pendorong utk terus tetap pendirian, dan menjadi hujjah untuk sesiapa yg dgr menegur ana dgn sekeras yg mungkin kalau2 ana dah jauh terpesong, supaya ana dapat kembali ke pangkuan ini sblm nafas terhenti.. (na'uzubillah..)
--------------
1. kita xperlu fahami dakwah dgn takrifan dan definisi yg berat2.. dakwah adalah mengambil berat hal ehwal muslimin secara keseluruhan. gambaran keadaan umum umat Islam di dunia, dan dgn detail/teliti loacally di sekitar kita.


2. tarbiyah (pendidikan diri) adalah dakwah, kerana menyediakan diri sendiri adalah supaya dapat memandu org lain menuju Allah.spt belajar medik adalah sebahagian drpd kehidupan seorang doktor. mendalami islam supaya dapat memahami dakwah bahawa ia adalah bahagian penting dalam islam.ulama' tafsir sebut ttg ayat2 qur'an berkaitan hal ini, org2 yg jahat dan mengajak kepada kejahatan tempatnya pasti di neraka. org2 soleh yg mengajak kepada makruf cegah mungkar tempatnya di syurga. tp tiada lgsg ayat Quran yg sebut ttg apakah nasib org2 soleh yg diam dari mengajak kepada makruf/mencegah mungkat (berdakwah). pendapat plg kuat mengatakan tmptnya sama di neraka, kerana diam terhadap maksiat adalah redha dgn maksiat. redha terhadap maksiat yg berlaku adalah maksiat juga.

3. Al-Quran adalah farmasi hidup semua manusia terutamanya mukmin. semua penyakit2 manusia di atas muka bumi ini kita akan dapatinya dalam Al-Quran.Sunnah adalah praktik rawatan. sesiapa yg menguasai sunnah rasulullah (seluruh kehidupan baginda > didapati dari seerah yg suci), dia akan memahami cara merawat penyakit2 manusia dgn cara yg terbaik.saya tak berani mengatakan bahawa diri saya cukup untuk beramal tanpa mengambil sunnah2 itu secara lengkap.

4. tarbiyah itu cukup luas, seluas kehidupan selautan manusia.sesiapa yg mengatakan bahawa hidupnya semata-mata adalah tarbiyah, maka dia ditarbiyah hanya untuk hidup.jika kita mengambil dakwah secara lengkap adalah tarbiyah, maka kita sebenarnya ditarbiyah untuk tujuan dakwah dgn lengkap.perjumpaan2 di antara org2 yg saling mendidik/mentarbiyah diri merupakan salah satu cara terbaik untuk mencapai tujuan tarbiyah, ia adalah sunnah alam yg tak dpt kita lari daripadanya.

5. al-manhaj al-mursyidah (methodologi terpandu) merupakan himpunan kaedah2 dan semua falsafah2 yg berkaitan dgn tarbiyah, diambil dr kefahaman yg mendalam ttg al-Quran dan Sunnah secara keseluruhan, tanpa mengurangi atau menambah2 mana2 bahagian.beramal dgn manhaj ini adalah perkara asas (usul) dalam kehidupan seorang mukmin, dan mengambil selainnya selepas itu adalah perkara sampingan, mengambilnya suku2 adalah kecuaian sengaja atau tidak sengaja.kelemahan saya untuk mencapai tahap mampu melihat perkara2 usul ini dari kedua2 sumber dan mengamalkannya dgn baik menjadikan saya perlu sandarkan pada ulama'2 di bidang ini yg faqih dan diiktiraf ummah.

6. qaedah fiqh : "maslahah 'ammah awla min maslahah khassah."apa yg ana nampak, qaedah ini sbnrnya sgt praktikal dan langsung tak bertentangan dgn dakwah/tarbiyah. jika kita kaitkan dgn tarbiyah, menyiapkan diri/mana2 peribadi adalah utk maslahah ummah secara menyeluruh. menyertai dakwah/tarbiyah bermakna kita mengorbankan kepentingan diri (maslahah khassah) spt byk rehat, tgglam dlm perkara2 harus, semata2 untuk maslahah ummah (maslahah 'ammah).

7. kata2 seorang syeikh tarbiyah yg x penting sgt namanya disebut berkenaan kepentingan trbyh sebelum terjun ke medan : menyiapkan seorang muslim sehingga ia benar2 memiliki sifat2 seorang muslim adalah keutamaan sebelum meletakkannya di dalam barisan dan medan. kerana jika kita tergesa2 dan meletakkan seseorang yg belum bersedia, ia adalah satu kezaliman ke atas dirinya sendiri, kezaliman kepada Allah dan RasulNya, kerana kita hanya mengumpulkan org2 yg hanya mampu mencela org lain dan kurang beramal. dan pasti kezaliman itu akan disoal apabila kita berhadapan dgn Allah swt nnt.

8. seluruh aspek kehidupan manusia masing2 adalah seni yg tersendiri. manusia tak diprogram utk buat perkara yg sama. bahkan ia bebas melakukan apa sahaja yg ia mahu atau tak mahu, yg baik atau yg x baik.kerana itulah turunnya manhaj al-quran yg dijelmakan dalam sunnah utk dicontohi manusia. mengajar kita bahawa hidup ini adalah untuk tunduk pada aturan Allah secara total.bagaimana menjelmakan seluruh manhaj ini dalam semua cabang hidup. kalau mencipta lirik dan lagu pasti ada akhlaqnya, melukis komik, melaksanakan pemerintahan ke atas manusia lain, jual beli, nikah kahwin, hubungan dalam keluarga, buat animasi, buat filem, etc etc..jauhnya kita dalam mana2 aspek kehidupan kita dari manhaj inilah yg akan menjauhkan kita dari Pencipta manhaj ini.sori terpaksa sentuh sikit, contohnya dlm perang, manhaj bukannya menunjukkan kepada kita cara2 bunuh musuh, tp manhaj menunjukkan kepada kita tatacara, akhlaq dan sikap sepatutnya bg seorang mukmin dalam bertindak, walaupun terhadap musuh.

9. ana nak tegaskan semula kata2 al-Banna, bahawa jalan ini adalah jalan yg dah terlukis/dah ada manual. kita tinggal nk faham dan laksanakan. bukannya buat baru.

10. sedikit ttg situasi politik tanah air, mgkn sesekali kita perlu mengambil lahzah wal waqfah (sedetik utk berhenti melangkah) melihat kembali dgn serius perkara ni. apa sbnrnya yg akan menyelamatkan umat Islam di Malaysia? mizannya apa yg rasulullah kata 2 benda yg kalau kita pegang dgn kuat kita takkan tersesat sampai bila2.dlm quran ttg isu umat islam secara umum, bukannya kepentingan mana2 kumpulan.. lebih2 lagi bagaimana sebenarnya kita dlm menggunakan khidmat/mendapatkan sokongan org2 kafir yg tak sukakan Islam dan menyatakan kebenciannya secara jelas atau kias2..... liyaThmainna qalbi...

11. minta maaf byk2 kalau ada mana2 pihak yg terasa. lontaran ini bukan nak melarikan diri dari beban atau nak mengatakan ana/sesiapa tak ada kesalahan. tp agar kita mampu meringankan beban kita semua umat Islam, lebih2 lagi pendokong dakwah. semoga dipermudahkan Allah sehingga bertemu kemenangan.
mari belajar rahsia kemenangan rasulullah dan para sahabat, salahuddin al-ayyubi dan muhammad al-fateh, HAMAS dan mereka2 yg seumpama mereka : tasfiyah saff wa tahqiq asbab an-nusrah.(sesungguhnya Allah itu baik, tak terima melainkan dari yg baik.. mafhum dari salah satu hadith 40)


------------------------------------------------------------------------------------------------

sori kalau terluah direct je. ni intipati prinsip2 seorang yg ingin melalui jalan yg penuh barakah ini. kalau ada yg x kena blh la tegur direct.. huhu.sesiapa yg faham mmg sbg peringatan utk ana dan antum. yg tak faham boleh cuba faham2kan sikit2 berperingkat2.

Allahumma isyfi qulubana.. Allahumma isfi sufufana.. Allahumma thabbitna jami'an..Allahumma ballaghtu ma 'alimtu min 'ilmak.. Fasyhadhu wa huwa ma'ziratan li..
Allahu a'lam.Wslm.

-- -salman abdul rahman-
"Berimanlah kerana Iman itu penghapus duka, penyejuk mata ahli tawhid dan penghibur ahli 'abid."
Dr 'Aidh Abdullah alQarni, [La Tahdzan], Dar Ibn Hazm, Beirut

No comments:

Post a Comment